Akademi Fantasia 2014 Mohammad_Razman_Abdul_Aziz

Setelah menamatkan pengajian, Aman sempat bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur selama dua bulan. Pada bulan Jun 2014, Aman mencuba nasib secara suka-suka dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim 11. Biarpun tebal dengan sikap pemalu, bakat Aman berjaya dilihat oleh para juri, penyanyi Nurul Wahab dan pemuzik Edrie Hashim dengan berbekalkan lagu "Let Her Go" dendangan Passenger. Seterusnya beliau lulus peringkat keempat bersama guru vokal Shafizawati Sharif dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar. Dalam pertandingan itu, Aman bersaing dengan dua belas peserta lain yang kali ini dikemudi oleh penyanyi rock ternama Hattan sebagai pengetua [3]. Aman merupakan satu-satunya peserta yang tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang nyanyian, malahan penglibatannya boleh dikatakan bermula dari kosong[4] . Masalah utama Aman ketika itu adalah akibat kekurangan pengalaman beraksi di pentas besar, dia terpaksa mengharungi kepayahan untuk membuat persembahan dengan yakin dan konsisten gara-gara perasaan gemuruh dan malu yang menebal[5] selain sering mendapat lagu yang tidak sesuai dengan vokalnya.

Aman kekal selamat dari penyingkiran dari minggu pertama sehingga minggu kesembilan, biarpun saban minggu menerima kritikan yang agak keras daripada pengkritik tetap Ramli M.S. dan Raja Azura. Biarpun begitu, undian terhadap Aman tetap tinggi kerana semangat ingin belajar , tidak merungut, mempunyai kesabaran yang tinggi dan disiplin yang kuat ditonjolkan di dalam diari hingga meraih sokongan penonton dan mendapat pujian daripada guru vokal Siti Hajar dan guru komunikasi dan Bahasa Inggeris, Fatimah Abu Bakar. Pada akhir konsert akhir, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua mengalahkan 3 finalis lain dan berada di belakang juara Firman Bansir dari Sabah [6]. Mengakui apa yang dilakukannya hanya untuk membuat ibubapanya berbangga dengannya, Aman berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Perodua MyVi, pakej percutian ke Osaka Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours, beserta trofi. Menariknya, sejak minggu pertama bertanding nama Aman sering menjadi sebutan di laman sosial, termasuk trending dalam Malaysia dan sedunia di laman Twitter selama beberapa kali termasuk pada malam konsert akhir [7]. Kemenangan ini nyata mengejutkan ramai pihak namun Aman bukan saja berjaya menebus kesangsian itu apabila persembahan konsert akhirnya menunjukkan peningkatan yang drastik malahan lagu debutnya, "Without You" meraih perhatian positif pendengar [8] biarpun sebilangan pengamal media dan pemuzik tempatan tidak begitu mengalu-alukan kehadirannya dengan memberi komen yang tidak membina di laman sosial [9], sehingga berjaya menggondol naib juara AF2014.

Persembahan di Akademi Fantasia

MingguLagu TugasanPenyanyi AsalNuansaKeputusan
Minggu 1
Konsert Pengenalan
"Andai Ku Tahu"Kumpulan UnguPop KetuhananKekal
Minggu 2
Tema Muzik 90-an
"More Than Words"Kumpulan ExtremePop AkustikKekal / #6
Minggu 3
Tema Hits Fantasia
"Hanya Kau Yang Mampu"Aizat AmdanPopKekal / #3
Minggu 4
Tema Tribut Komposer
"Tak Pernah Berjumpa"Kumpulan ForteenPop ReggaeKekal / #6
Minggu 5
Tema Kerohanian
"PadaMu Ku Bersujud"Afgan Syah RezaKetuhananKekal
Minggu 6
Tema Rock
"Itu Kamu"
"Airmata Jernih" Medley
Kumpulan Estranged
Kumpulan Bumi Putra Rockers
Rock Alternatif
Rock
Kekal / #6
Minggu 7
Tema Remy & Sally
"Tiada Kata Secantik Bahasa"P. RamleePop TradisionalKekal / #3
Minggu 8
Suku Akhir / Tema Pilihan Media
"Kasih Latifah"
"Ku Merindu" (duet Nina Nadira)
Kumpulan Spider
Ella & Shah
Rock Ska
Pop Rock
Kekal / #5
Minggu 9
Separuh Akhir
"Sedetik Lebih"
"Kalau Cinta" (duet Masya)
Anuar Zain
Aliff Aziz & Joanna
Balada
Pop Bubblegum
Kekal / #2
Minggu 10
Konsert Akhir
"Mewangi"
"Without You"
Akim Ahmad
Lagu Baru ciptaan Awi Rafael
Pop
Pop
Naib Juara

Rujukan

WikiPedia: Mohammad_Razman_Abdul_Aziz http://www.youtube.com/watch?v=sXY6AZfmNrA http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Moss... http://www.era.fm/Carta/ERA-fm/Carta-ERA-40.aspx?p... http://websta.me/p/858507574373981192_1557440710 http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.astrogempak.com.my/akademifantasia/pela... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=11... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar... http://www.murai.com.my/ekstra/af2014/cerita/artic...